-->

SNOW

HOME PHOTO MY PROFILE

Monday, September 19, 2011

pResEntaTion Day!!!

  Good morning to my dear friend, today is my blog presentation day. After a few week i made to complete my blog,HAHAHA.Thanks to ALLAH.

  I don't know what i had to write this time,because i'am not very good in english, so if there is any error in my writing skills please tell me so that i can fix the errors. Now the clock had shown 10am already,i'am the 13th to present my blog.Good number right??? HEHEHEHE

  Before i forgot, i want to credit APIT  coz help me a lot in complete this assignment, THANKS BRO!!
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

eNgLisH tEst

   Assalamualaikum n 1 bloggers. I write this post coz it's necessary to write a post in English language. As you can see in my post tittle, i had done my english test.


But i don't think that i can get a good mark in this test, this is because i don't study at all 4 the test. That day, i came late to the class,this is because there were heavy rain in that morning, when i reach the class, my shirt already wet, as the conclusion i need to answer the test in cold.I answer the test just in 30 minutes.

HUAHUHUAHUA!!!
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Kem Last KemBara AlAm (dAy 3)

  Assalamualaikum dan salam satu bloggers, ni post aku yang ke-3 hari ni. Geram aku, charge phone ni belum2 lagi penuh,ADEII~ SABO JE LA~

  So we continue our story, HEHEHEHE. Hari ke-3 di kem ni la hari yang aku tunggu-tunggu,coz aku dah x sabar untuk balek KHAR. Aktiviti grup kami pada hari ni is WATER TUBING. Dalam banyak-banyak aktiviti yang dijalankan, aktiviti ni la yang paling BEST.

  Mana taknya, 2 jam duduk dalam sungai, memamng best giler la!!! bukan selalu dapat mandi sungai ni, lagi pun ni la first time aku buat aktiviti tubing ni, first2 tu ada la takut sikit pastu xda da,enjoy habis.

   Habis aktiviti tubing, aku pun pergi hidupkan api untuk masak makan tengah hari, menu hari last nie best sikit. Kami buat nasi goreng coz banyak nasi lebih semalam. Dalam pukul 1 lebih kami siap masak, tapi kami makan dekat pukul 2 coz kami solat dulu bru makan.

  Siap makan kami pun mendengar beberapa ucapan dari fasi2 kami, ada la sikit sedih.HEHEHE. Kami bertolak pulang ke KHAR dalam pukul 3 lebih, cadang nak naik lori, tapi lori tu lambat sangat, so kami jalan kaki je la.

 


    Memang penat gile la, petang tu sampai je kat KHAR, aku mandi, solat n terus g makan. SEDAAAP~ pas solat maghrib aku tidur,pastu bangun kejap solat isyak n tidur terus sampai la ke pagi.HEHEHE
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Kem Last KemBara AlAm (dAy 2)

  Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Ni post aku yang ke-2 hari ni,dalam post kali ni aku nak menceritakan hari ke-2 aku berada di Teratak Riverview.

  Aku bangun tidur dalam pukul 6:40 lebih, aku bangun n segera ambil wudhu untuk solat. Selesai solat, kami pun sarapan roti c0klat n minum sebotol air mineral. Selesai breakfast, kami pun berkumpul untuk meneruskan  kem kami. Aktiviti grup aku yang pertama is SURVIVAL, aku memang x reti nak buat semua benda ni, so semua aku biarkan ahli grup aku yang settlekan. Nasib baik la diorang ada pengalaman, lega aku, kalau x, memang mampus aku. Dalam aktiviti suvival ni, kami di minta untuk masak n buat GADGET. Masak tu biasa la, buat gadget ni yang aku langsung xtau. Untung aku dapat ahli grup yang tau buat benda nie, grup kami buat 2 gadget, satu rak pinggan n satu lagi rak kasut 2 in 1.HEHEHE

  Aktiviti grup kami yang ke-2 is LDK. Macam biasa, LDK ni memang best. Aku paling suka 'Falling In Love'.  Tapi nasib baik la bukan aku yang kena terjun dari kerusi tu, aku rasa aku tak leh buat benda tu,HEHEHE.

  Aktivti last yang paling best,OBSTACLE. Kami direndam di dalam lumpur, habis kasut aku bertukar warna. Kasut aku yang putih tu jadi entah warna pa.HAHAHA. Habis satu badan aku bau busuk, macam bau kerbau.WUUUEEKK!!!




  Malam tu kami diminta untuk buat persembahan.Tapi kami langsung xda idea, mane taknye, petang tu kami dah penat buat semua aktiviti. So kami putuskan untuk buat medley je. Tu pun tak lawa langsung. Kami dilepaskan tidur dalam pukul 1 lebih, tapi malam tu aku tidur pukul 3 lebih, coz msg dengan SI DIA, HUAHUAHUA.......
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Kem Last KemBara AlAm (dAy 1)

   Assalamualaikum dan salam satu bloggers,bertemu lagi kita pada post kali ni, CEWAAHHHH!! HAHA! wktu skrng menunjukkan pukul 1:12 AM, aku tak tahu nak buat apa, so aku tulis la sikit pasal kembara alam baru-baru ni. Actually aku tengah charge phone nie, nak kontek dengan SI DIA, tu la x tido, HEHEHE, jgn jeles ea.

  Dipendekkan cerita, kem kami ini bermula pada hari jumaat petang, selesai solat jumaat. Kami pun packing barang n bertolak ke kampus dan berkumpul di gym. Time tu hujan agak lebat la juga, tu la kami lambat bertolak. Oh ea, lupa pla nak gtau, kem kami ni kami buat kat Teratak Riverview. Kami bertolak dari kampus dalam pukul 4 lebih,time jalan tu seronok sangat, macam biasa mulut aku x pernah diam sepanjang perjalanan kami, begitu juga dengan kakiku. Aku paling suka bila abang tu bagi kebenaran untuk lari ke teratak tu, without  wasting time, aku pun berlari dengan beberapa orang kawan. Tapi time sampai kat kem tu, aku memang penat gile la, nak pula kena turunkan barang, letih.

  Dalam pukul 6 lebih mcm tu kami dirikan khemah, payah wok nak siapkan khemah tu, mana taknya, dah la  dapat khemah buruk, x lengkap pulak tu. Belum sempat khemah aku siap, hujan lebat la pula, terpaksa tabah je la. Malam tu, abg2 fasi yang tolong masakkan kami coz kami x smpat nak cari kayu untuk masak. Best juga la makan ramai2 ne, biarpun sekadar berlaukkan sardin n telur.

  Siap makan, aktiviti LDK pun di jalankan, seronok la juga, sampai aku x sedar time tu dah pukul 1 lebih. Habis buat LDK tu la yang paling mant0p. C0z aktiviti kami yang seterusnya is NIGHTWALK. Nie la first time aku buat benda nie,dan aku x rasa takut pun. Mana taknya, member aku tu menjerit ketakutan, habis gelak aku sepanjang jalan.HAHAHHA.

  Dalam pukul 4 lebih aktiviti nightwalk tu pun selesai, kami dilepaskan untuk tidur dalam pukul 5.....................................
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Wednesday, September 14, 2011

RAYA! RAYA! RAYA!

  Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Perjuanganku untuk menulis blog diteruskan lagi, dah nak present tapi tak cukup post lagi, maka dengan ini, diisytiharkan bahawa raya adalah tema untuk post saya pada kali ini, walaupun sebenarnya dah lewat nak cerita pasal raya. HEHEHEHE.
  Raya tahun ni bagi aku adalah yang paling singkat, mana tidaknya, aku berada di rumah 5 hari ja, padahal cuti seminggu, aku sampai di Sabah pada hari Jumaat malam, sekitar pukul 1 pagi, nasib baik la time tu ayah aku jemput aku kat Airport KK.
  Malam tu kami tidur kat hotel,HEHEHE, lama dah aku tak tidur kat hotel nie, hostel ada la. Next day tu kami shopping kat bandar KK, penat giler, dah la tak puasa, nak berjalan pula. Pastu time jalan boleh pula ada orang minum, tergugat iman aku nak buka time tu jugak. Nasib baik la aku boleh tahan.
  Dipendekkan cerita, maka hari raya pun menjelang tiba, setiap detik yang ada aku manfaatkan untuk meluangkan masa bersama family aku, coz aku tak tahu bila lagi baru aku dapat pulang ke rumah burukku.








   Minggu pertama selepas cuti raya adalah minggu paling menyeksakan, mana taknya, semua assignment yang di bagi sebelum cuti, tak satu pun aku sentuh, maklum je la, dah terlalu seronok beraya, aku ingatkan aku je sendiri yang tak buat assignment, rupanya kawan2 aku yang lain pun 2X5.HAHAHA
  Akibat suka tangguh kerja, minggu pertama selepas cuti raya memang sangat2 sibuk, especially assignment TITAS, memang payah. Tapi Alhamdulillah, semua assignment dapat hantar on time, tapi tak tahu la markah macam mana nanti, tunggu dan lihat ja la.HAHA..:p






WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Tuesday, September 6, 2011

beRpuAsa Di UPSI

Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Kali ni aku akan menceritakan pengalamanku berpuasa di UPSI. Bagi aku ni bukan la first time aku berpuasa di tempat lain, bagi aku tak dapat besahur dan berbuka dengan ahli keluarga. Oh ya, aku tulis pasal puasa ni coz aku tidak ada tajuk lain nak cerita dah, tambahan pulak dah nak present blog. HEEHEHEHE

     Berpuasa di UPSI ni, tak banyak beza pun dengan puasa-puasa sebelum ni, cuma dengan orang aku bersahur dan berbuka ja la lain. Tapi yang paling aku suka coz dpt mkn free,plus mkn guna dulang, best!!! credit for Jawatankuasa Mahasiswa Kolej (JMK) KHAR.
   Time sahur memang payah la, dah la nak bangun awal,pastu kena turun bwah pulak, nasib baik la ada lif. Tu pun bukan selalu turun sahur,maklum je la mengantuk. Kalau di rumah ni, aku dgn Azhar (roommate) je yang rajin turun sahur
   Alhamdulillah, sepanjang bulan ramadhan ni, xda masalah juga aku puasa, sihat wal'afiat je,hehehe. Puasa pun x terasa sgt coz sibuk dengan kelas,plus dalam kelas tu guna air-cond,klu penat tdur ja la jwbnya. Pengalamanku paling buruk sepanjang berpuasa di UPSI,time aku kena sakit perut. FUHH!!! sengsara gila, nak makan ubat tapi puasa. SABO JE LA.


WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Friday, August 19, 2011

HAnDbALL...

Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Tersebut la kisah seorang pelajar UPSI yang bernama Adlan. Heeheehe,merapuh la pula. ok la, hari ni aku nak story sikit pasal handball.




HANDBALL ataupun nama lain dia bola baling, ni la sukan pertama yang aku main kat UPSI. Sebelum ni aku memang tak pernah main benda ni. Means I'm zero in handball. Hari pertama main handball dah jumpa senior, nasib baiklah semua senior handball ni baik2 belaka. Yang mana aku buat silap ditegur dan di ajar dengan cara yang betul. Cikgu Madi (coach) pun apa kurangnya, aku suka sgt Cikgu Madi punya style, he is one of the best coach in the world. Kau bayangkanlah, dia bagi kami curah air kat kepala dia, tapi senior ja la yang buat,aku ni sebagai budak baru tak berani nak buat (hehehehe).

Ouh ea, me'mandi'kan ahli kelab handball yang baru merupakan salah satu tradisi yang memang dah sebati dalam kelab handball ni. Aku kena sikit ja, member2 aku yang lain siap mandi bunga sekali..ahahahaha. Payah juga nak catch up main handball ni, dah la kami ni baru main, yang senior pula dah advance dah, coz time kami datang training, senior2 smuanya dah ready untuk MASUM, so kami yang budak2 g dalam handball ni memang cam nak gila juga la ikut cara dyorang main.

Salah satu prinip kelab handball yang aku paling suka adalah "we're family".
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Tuesday, August 9, 2011

APA?? JALIN???

Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Masa untuk bercerita!!! hehehehe. So pada kali ini aku akan menceritakan kisah hidupku selepas beberapa minggu di UPSI.

Dipendekkan cerita, aku terpaksa mengikuti satu program yang dianjurkan oleh pihak kolej yang dinamakan 'JALIN'. Actually aku tiada minat untuk ikut program nie coz aku baru nak sesuaikan diri gn kehidupan universiti ni.Maklumlah, dengan assignment yang banyak, nak uruskan diri lagi, memang payah la jugak.

Sepanjang program JALIN nie, ada pro dan kontra la jugak, biasa la tue..hehehehe. Satu aktiviti yang aku paling ingat semasa program JALIN adalah semasa acara sukaneka, mana taknya. Kumpulan kami dapat juara dalam pertandingan entah apa nama dia. Tapi tak best aa coz kami main tak sampai seminit pun, terus menang, kata orang tiada cabaran laa. Tu yang buat aku sakit hati, lalu aku putuskan untuk naik dan makan maggie...huhay!!

Boleh dikatakan sepanjang program ini aku sentiasa memberontak, nasib baiklah ada housemate aku yang nasihat aku. Dia suruh aku fikir betapa susah payahnya abang2 n kakak2 buat program tu untuk kami, dia suruh aku bayangkan klu aku d tmpt diorang. Lalu aku putuskan untuk mengikuti program 'JAlIN'. Thanks bro~


WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Wednesday, August 3, 2011

KULIAHHH!!!!!

Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Meh sini, Tok Lan nak bercerita lagi. Kita sambung cerita kita daripada post yang lepas. Setelah tamat MSK, dan telah diiktiraf sebagai anak kandung suluh budiman, aku pun menghadapi satu lagi benda baru dalam hidupku iaitu seperti yang tertera pada tajuk diatas.
Kuliah aku yang pertama start pada hari isnin, iaitu Alam Sel atau lebih dikenali sebagai SBU1013. Aku datang ke kampus dalam pukul 8 lebih kalau x silap. Coz time pagi2 tu aku dan beberapa orang sahabat serumah pergi bermain bola baling. Kami membawa siap sedia pakaian kuliah dan kami masukkan ke dalam beg (maklumlah, hari pertama kuliah, gelabah aa ckit...hehehehe).
Selepas tamat bermain handball dalam pukul 9:30 cm 2e,kami pun menyalin baju untuk ke kuliah. Tempat kuliahku yang pertama adalah TU 1B. Nasib baiklah aku ada kawan yang tahu jalan ke sana, coz aku x pernah tahu pun tmpat yang bernama TU 1B...hehehehe.
Sesampainya aku di TU 1B, kulihat ada banyak pelajar2 yang lain. Kami pun masuk kedalam kelas.


Kemudian aku meneruskan pula kuliah kedua aku iaitu Bahasa Melayu (BMK2012). Taman Bernam 11???? Mn 2e?? aku bertanya kepada diriku. Disebabkan aku tidak tahu, aku sekadar mengikut rakan2 yang lain sebagaimana anak ayam mngekori ibunya. Dan akhirnya, aku pun berjaya sampai ke Taman Bernam, Huhay!!!!

Aku terpaksa stay kt Taman Bernam hingga pukul 7, coz kelas ku berakhir pada pukul 7 iaitu Teknologi Maklumat (MKA1013). Aku dan rakan2 yang lain menunggu bas kt stesen bas tanpa aku menegur seorang pn (maklumlh, blm kenal g...hehehehe). Aku menaiki bas dan pulang ke rumah................
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Saturday, July 30, 2011

Minggu Suai Kenal (MSK)

Assalaualaikum dan salam satu bloggers. Malas nak bercerita panjang, kita terus pergi ke tajuk utama kita. Minggu Suai Kenal atau lebuh dikenali sebagai MSK. MSK adalah salah satu program yang dijalankan dan dikhaskan kepada pelajar-pelajar baru UPSI.
MSK kami bermula pada 29hb Jun dan berlangsung selama lebih kurang seminggu.Sepanjang program ini berlangsung, banyak yang aku dapat, kalau nak disenaraikan memang sukar.
Sepanjang MSK ini, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan,aku tak ingat aku kumpulan ke berapa, hehehehee.
Yang paling best time MSK ni, makanan disediakan. Tak perlu la nak keluarkan duit untuk membeli makanan. Kami hanya perlu tunjuk kupon dan boleh ambil makanan.
Program ini diuruskan oleh para senior. Semua senior pun baik-baik ja, xda la raging2 nie. Semua yang kami tak tahu, mereka gtau, pastu smua pn sporting. Memang best laaa.
Time MSK nie agak penat la jg, mn tak nya. Tidur paling awal pun dalam pukul 1, pastu nak kena bangun awal la pulak, siang pulak ikut program MSK. Banyak juga la yang mengeluh, termasuk aku.
Hari yang paling seronok adalah hari terakhir MSK,pada hari tersebut aku memakai baju melayu hitam beserta kain samping kerana pada hari tersebut merupakan hari yang sangat penting dalam MSK iaitu acara bacaan ikrar. Majlis tersebut belangsung kurag daripada sejam, tapi ia sangat penting,kerana itulah yang menentukan sama ada kami ini anak kandung suluh budiman yang sah ataupun tidak....
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Saturday, July 23, 2011

HARI PERTAMA.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,malas nak bercerita panjang, maka post pada kali ini menceritakan hari pertama saya berada di UPSI.
29 Mei 2011, merupakan salah satu tarikh yang sangat penting dalam hidup aku. Aju bangun seawal pukul 6.00 pagi untuk menunaikan solat dan menyiapkan diri. Aku bertolak dari Damansara dengan menaiki kereta Gen-2 yang dipandu oleh pakcikku. Aku juga ditemani ayah dan makcik.Tempoh perjalanan adalah diannggarkan selama kurnag daripada satu jam.
Dalam pukul 7 lebih, kami pun tiba di Tanjung Malim. Kami pun singgah bersarapan di sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari kawasan kolej, restoran tersebut adalah, Restoran Nasi Kandar.
Selesai bersarapan, kami pun meneruskan perjalanan kami ke kawasaan kolej untuk sesi pendaftaran. Pada hari tersebut, aku melihat banyak ibubapa yang menghantar anak-anak mereka. Dihadapan pintu masuk, para bakal anak anak kandung suluh budiman disambut mesra oleh senior-senior yang berperanan sebagai Sekretriat Minggu Suaikenal (SMS).
Dalam pukul 9 lebih,sesi pendafataran pun bermula. Aku membandingkan jumlah bakal2 mahasiswa lelaki dan perempuan, ternyata bilangan perempuan adalah leboh ramai. Benar la kata cikgu sekolahku dahulu, jumlah mahasiswi adalah kebih ramai berbanding mahasiswa.
Selepas selesai sesi pendaftaran, aku pun bergegas pergi ke rumah yang diberi, aku mendapat rumah yang bernombor 2-5-3. Akulah org yg pertama masuk rmah tu, ku lihat bilik2 yang lain masih kagi kosong. Aku masuk ke bilik nombor 3 dan terus meletakkan bagasi diatas katil yang berdekatan dengan tingkap.
Dipendekkan cerita, hari menjelang petang, aku pun mula berkenalan dengan housemate aku, ternyata semua housmate aku ini org yang peramah....
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Wednesday, July 6, 2011

pErseDiaaN SebeLum MemAsuki UPSI....

Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Dalam post kali ini, aku akan menceritakan persediaan yang aku lakukan sebelum memasuki UPSI.
Selepas mendapat surat tawaran, aku mencetak segala dokumen yang diminta seperti, surat B2,B4, dan banyak lagi la. Aku juga 'terpaksa' membuka satu akaun akaun bank islam.
Segala barang keperluan aku tak beli kat Sabah, dengan alasan malas nak bawa naik flight, menyusahkan. Setibanya aku di semenanjung Malaysia, baru la aku membeli segala kemeja, kasut dan sebagainya. Syok juga la bejalan kat KL ney, first time la katakan, hahahaha. Ni la juga first time aku naik LRT, terasa diriku ini sangat la kerdil, aku lihat kanak-kanak sekolah rendah sudah pandai menaiki LRT sendiri, aku pula yang dah tua bangka ni naik LRT dengan ayah, malunya aku...ahahaha.
Selepas segala barang keperluan dah sedia, aku pun dah bersedia untuk mendaftar sebagai anak kandung suluh budiman....hehehehe


WAIT FOR MY NEXT POST EA????
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

UPSI.....

Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Seperti mana yang anda lihat pada tajuk post ney, hari ini saya akan berleter serba sedikit tentang UPSI.
UPSI ni merupakan pilihan kedua saya dalam borang UPU, pilihan pertama saya adalah UPNM, tak perlu bercerita panjang, saya ditawarkan untuk belajar di UPSI.Sebab saya memilih UPSI adalah kerana, banyak guru yang mengajar di sekolah saya merupakan produk UPSI, dan mereka semua memang hebat-hebat belaka, sebab itulah saya memilih UPSI...hehehehe.
Semasa mendapat tawaran untuk belajar di UPSI, saya berasa amat gembira, c0z ni la peluang saya untuk pergi ke semenanjung dan cuci mata. Perasaan sedih untuk meninggalkan kampung halaman tidak la banyak mana pun, maklum ja la kan, orang nak belajar kat semenanjung ni. Pergi ke semenanjung merupakan satu kebanggaan bagi saya.
Semua urusan untuk pergi ke semenanjung diuruskan by my beloved ayah, maklum ja la, anak manja la katakan..ahahahaha. Harga tiket flight ja RM300++....fuh~ dahsyatkan?? Tapi tu la, ayah saya cakap, berkorban sedikit untuk mendapatkan sesuatu yang lebih lumayan(tapi bagi saya, RM300 tu bukan la satu nilai yang sedikit, boleh makan banyak kali kat kedai amamk).
Saya bertolak dari negeri Sabah pada 25 May 2011,tu la pertama kali saya menaiki pesawat ke semenanjung ni, saya ditemani ayah tersayang, best ooouhhh naik kapal terbang....hehehehe. Saya pun bermalam di rumah pakcik kat damansara untuk beberapa hari, coz daftar masuk pada 29hb...............

Nak tahu lebih lanjut tentang kisah saya di UPSI??? Wait 4 my next post....;)
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Siapa Dan Apa aku???

Assalamualaikum dan salam satu bloggers.Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Muhammmad Adlan Bin Laruna. Tujuan saya menulis blog ini adalah kerana ia adalah salah satu assignment untuk kursus MKA1013. Di dalam blog ini, saya akan menceritakan kehidupan saya sebagai salah seorang pelajar UPSI...:)
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)