-->

SNOW

HOME PHOTO MY PROFILE

Friday, August 19, 2011

HAnDbALL...

Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Tersebut la kisah seorang pelajar UPSI yang bernama Adlan. Heeheehe,merapuh la pula. ok la, hari ni aku nak story sikit pasal handball.




HANDBALL ataupun nama lain dia bola baling, ni la sukan pertama yang aku main kat UPSI. Sebelum ni aku memang tak pernah main benda ni. Means I'm zero in handball. Hari pertama main handball dah jumpa senior, nasib baiklah semua senior handball ni baik2 belaka. Yang mana aku buat silap ditegur dan di ajar dengan cara yang betul. Cikgu Madi (coach) pun apa kurangnya, aku suka sgt Cikgu Madi punya style, he is one of the best coach in the world. Kau bayangkanlah, dia bagi kami curah air kat kepala dia, tapi senior ja la yang buat,aku ni sebagai budak baru tak berani nak buat (hehehehe).

Ouh ea, me'mandi'kan ahli kelab handball yang baru merupakan salah satu tradisi yang memang dah sebati dalam kelab handball ni. Aku kena sikit ja, member2 aku yang lain siap mandi bunga sekali..ahahahaha. Payah juga nak catch up main handball ni, dah la kami ni baru main, yang senior pula dah advance dah, coz time kami datang training, senior2 smuanya dah ready untuk MASUM, so kami yang budak2 g dalam handball ni memang cam nak gila juga la ikut cara dyorang main.

Salah satu prinip kelab handball yang aku paling suka adalah "we're family".
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Tuesday, August 9, 2011

APA?? JALIN???

Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Masa untuk bercerita!!! hehehehe. So pada kali ini aku akan menceritakan kisah hidupku selepas beberapa minggu di UPSI.

Dipendekkan cerita, aku terpaksa mengikuti satu program yang dianjurkan oleh pihak kolej yang dinamakan 'JALIN'. Actually aku tiada minat untuk ikut program nie coz aku baru nak sesuaikan diri gn kehidupan universiti ni.Maklumlah, dengan assignment yang banyak, nak uruskan diri lagi, memang payah la jugak.

Sepanjang program JALIN nie, ada pro dan kontra la jugak, biasa la tue..hehehehe. Satu aktiviti yang aku paling ingat semasa program JALIN adalah semasa acara sukaneka, mana taknya. Kumpulan kami dapat juara dalam pertandingan entah apa nama dia. Tapi tak best aa coz kami main tak sampai seminit pun, terus menang, kata orang tiada cabaran laa. Tu yang buat aku sakit hati, lalu aku putuskan untuk naik dan makan maggie...huhay!!

Boleh dikatakan sepanjang program ini aku sentiasa memberontak, nasib baiklah ada housemate aku yang nasihat aku. Dia suruh aku fikir betapa susah payahnya abang2 n kakak2 buat program tu untuk kami, dia suruh aku bayangkan klu aku d tmpt diorang. Lalu aku putuskan untuk mengikuti program 'JAlIN'. Thanks bro~


WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Wednesday, August 3, 2011

KULIAHHH!!!!!

Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Meh sini, Tok Lan nak bercerita lagi. Kita sambung cerita kita daripada post yang lepas. Setelah tamat MSK, dan telah diiktiraf sebagai anak kandung suluh budiman, aku pun menghadapi satu lagi benda baru dalam hidupku iaitu seperti yang tertera pada tajuk diatas.
Kuliah aku yang pertama start pada hari isnin, iaitu Alam Sel atau lebih dikenali sebagai SBU1013. Aku datang ke kampus dalam pukul 8 lebih kalau x silap. Coz time pagi2 tu aku dan beberapa orang sahabat serumah pergi bermain bola baling. Kami membawa siap sedia pakaian kuliah dan kami masukkan ke dalam beg (maklumlah, hari pertama kuliah, gelabah aa ckit...hehehehe).
Selepas tamat bermain handball dalam pukul 9:30 cm 2e,kami pun menyalin baju untuk ke kuliah. Tempat kuliahku yang pertama adalah TU 1B. Nasib baiklah aku ada kawan yang tahu jalan ke sana, coz aku x pernah tahu pun tmpat yang bernama TU 1B...hehehehe.
Sesampainya aku di TU 1B, kulihat ada banyak pelajar2 yang lain. Kami pun masuk kedalam kelas.


Kemudian aku meneruskan pula kuliah kedua aku iaitu Bahasa Melayu (BMK2012). Taman Bernam 11???? Mn 2e?? aku bertanya kepada diriku. Disebabkan aku tidak tahu, aku sekadar mengikut rakan2 yang lain sebagaimana anak ayam mngekori ibunya. Dan akhirnya, aku pun berjaya sampai ke Taman Bernam, Huhay!!!!

Aku terpaksa stay kt Taman Bernam hingga pukul 7, coz kelas ku berakhir pada pukul 7 iaitu Teknologi Maklumat (MKA1013). Aku dan rakan2 yang lain menunggu bas kt stesen bas tanpa aku menegur seorang pn (maklumlh, blm kenal g...hehehehe). Aku menaiki bas dan pulang ke rumah................
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)