-->

SNOW

HOME PHOTO MY PROFILE

Saturday, July 23, 2011

HARI PERTAMA.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,malas nak bercerita panjang, maka post pada kali ini menceritakan hari pertama saya berada di UPSI.
29 Mei 2011, merupakan salah satu tarikh yang sangat penting dalam hidup aku. Aju bangun seawal pukul 6.00 pagi untuk menunaikan solat dan menyiapkan diri. Aku bertolak dari Damansara dengan menaiki kereta Gen-2 yang dipandu oleh pakcikku. Aku juga ditemani ayah dan makcik.Tempoh perjalanan adalah diannggarkan selama kurnag daripada satu jam.
Dalam pukul 7 lebih, kami pun tiba di Tanjung Malim. Kami pun singgah bersarapan di sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari kawasan kolej, restoran tersebut adalah, Restoran Nasi Kandar.
Selesai bersarapan, kami pun meneruskan perjalanan kami ke kawasaan kolej untuk sesi pendaftaran. Pada hari tersebut, aku melihat banyak ibubapa yang menghantar anak-anak mereka. Dihadapan pintu masuk, para bakal anak anak kandung suluh budiman disambut mesra oleh senior-senior yang berperanan sebagai Sekretriat Minggu Suaikenal (SMS).
Dalam pukul 9 lebih,sesi pendafataran pun bermula. Aku membandingkan jumlah bakal2 mahasiswa lelaki dan perempuan, ternyata bilangan perempuan adalah leboh ramai. Benar la kata cikgu sekolahku dahulu, jumlah mahasiswi adalah kebih ramai berbanding mahasiswa.
Selepas selesai sesi pendaftaran, aku pun bergegas pergi ke rumah yang diberi, aku mendapat rumah yang bernombor 2-5-3. Akulah org yg pertama masuk rmah tu, ku lihat bilik2 yang lain masih kagi kosong. Aku masuk ke bilik nombor 3 dan terus meletakkan bagasi diatas katil yang berdekatan dengan tingkap.
Dipendekkan cerita, hari menjelang petang, aku pun mula berkenalan dengan housemate aku, ternyata semua housmate aku ini org yang peramah....
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

No comments:

Post a Comment