-->

SNOW

HOME PHOTO MY PROFILE

Saturday, July 30, 2011

Minggu Suai Kenal (MSK)

Assalaualaikum dan salam satu bloggers. Malas nak bercerita panjang, kita terus pergi ke tajuk utama kita. Minggu Suai Kenal atau lebuh dikenali sebagai MSK. MSK adalah salah satu program yang dijalankan dan dikhaskan kepada pelajar-pelajar baru UPSI.
MSK kami bermula pada 29hb Jun dan berlangsung selama lebih kurang seminggu.Sepanjang program ini berlangsung, banyak yang aku dapat, kalau nak disenaraikan memang sukar.
Sepanjang MSK ini, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan,aku tak ingat aku kumpulan ke berapa, hehehehee.
Yang paling best time MSK ni, makanan disediakan. Tak perlu la nak keluarkan duit untuk membeli makanan. Kami hanya perlu tunjuk kupon dan boleh ambil makanan.
Program ini diuruskan oleh para senior. Semua senior pun baik-baik ja, xda la raging2 nie. Semua yang kami tak tahu, mereka gtau, pastu smua pn sporting. Memang best laaa.
Time MSK nie agak penat la jg, mn tak nya. Tidur paling awal pun dalam pukul 1, pastu nak kena bangun awal la pulak, siang pulak ikut program MSK. Banyak juga la yang mengeluh, termasuk aku.
Hari yang paling seronok adalah hari terakhir MSK,pada hari tersebut aku memakai baju melayu hitam beserta kain samping kerana pada hari tersebut merupakan hari yang sangat penting dalam MSK iaitu acara bacaan ikrar. Majlis tersebut belangsung kurag daripada sejam, tapi ia sangat penting,kerana itulah yang menentukan sama ada kami ini anak kandung suluh budiman yang sah ataupun tidak....
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Saturday, July 23, 2011

HARI PERTAMA.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera,malas nak bercerita panjang, maka post pada kali ini menceritakan hari pertama saya berada di UPSI.
29 Mei 2011, merupakan salah satu tarikh yang sangat penting dalam hidup aku. Aju bangun seawal pukul 6.00 pagi untuk menunaikan solat dan menyiapkan diri. Aku bertolak dari Damansara dengan menaiki kereta Gen-2 yang dipandu oleh pakcikku. Aku juga ditemani ayah dan makcik.Tempoh perjalanan adalah diannggarkan selama kurnag daripada satu jam.
Dalam pukul 7 lebih, kami pun tiba di Tanjung Malim. Kami pun singgah bersarapan di sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari kawasan kolej, restoran tersebut adalah, Restoran Nasi Kandar.
Selesai bersarapan, kami pun meneruskan perjalanan kami ke kawasaan kolej untuk sesi pendaftaran. Pada hari tersebut, aku melihat banyak ibubapa yang menghantar anak-anak mereka. Dihadapan pintu masuk, para bakal anak anak kandung suluh budiman disambut mesra oleh senior-senior yang berperanan sebagai Sekretriat Minggu Suaikenal (SMS).
Dalam pukul 9 lebih,sesi pendafataran pun bermula. Aku membandingkan jumlah bakal2 mahasiswa lelaki dan perempuan, ternyata bilangan perempuan adalah leboh ramai. Benar la kata cikgu sekolahku dahulu, jumlah mahasiswi adalah kebih ramai berbanding mahasiswa.
Selepas selesai sesi pendaftaran, aku pun bergegas pergi ke rumah yang diberi, aku mendapat rumah yang bernombor 2-5-3. Akulah org yg pertama masuk rmah tu, ku lihat bilik2 yang lain masih kagi kosong. Aku masuk ke bilik nombor 3 dan terus meletakkan bagasi diatas katil yang berdekatan dengan tingkap.
Dipendekkan cerita, hari menjelang petang, aku pun mula berkenalan dengan housemate aku, ternyata semua housmate aku ini org yang peramah....
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Wednesday, July 6, 2011

pErseDiaaN SebeLum MemAsuki UPSI....

Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Dalam post kali ini, aku akan menceritakan persediaan yang aku lakukan sebelum memasuki UPSI.
Selepas mendapat surat tawaran, aku mencetak segala dokumen yang diminta seperti, surat B2,B4, dan banyak lagi la. Aku juga 'terpaksa' membuka satu akaun akaun bank islam.
Segala barang keperluan aku tak beli kat Sabah, dengan alasan malas nak bawa naik flight, menyusahkan. Setibanya aku di semenanjung Malaysia, baru la aku membeli segala kemeja, kasut dan sebagainya. Syok juga la bejalan kat KL ney, first time la katakan, hahahaha. Ni la juga first time aku naik LRT, terasa diriku ini sangat la kerdil, aku lihat kanak-kanak sekolah rendah sudah pandai menaiki LRT sendiri, aku pula yang dah tua bangka ni naik LRT dengan ayah, malunya aku...ahahaha.
Selepas segala barang keperluan dah sedia, aku pun dah bersedia untuk mendaftar sebagai anak kandung suluh budiman....hehehehe


WAIT FOR MY NEXT POST EA????
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

UPSI.....

Assalamualaikum dan salam satu bloggers. Seperti mana yang anda lihat pada tajuk post ney, hari ini saya akan berleter serba sedikit tentang UPSI.
UPSI ni merupakan pilihan kedua saya dalam borang UPU, pilihan pertama saya adalah UPNM, tak perlu bercerita panjang, saya ditawarkan untuk belajar di UPSI.Sebab saya memilih UPSI adalah kerana, banyak guru yang mengajar di sekolah saya merupakan produk UPSI, dan mereka semua memang hebat-hebat belaka, sebab itulah saya memilih UPSI...hehehehe.
Semasa mendapat tawaran untuk belajar di UPSI, saya berasa amat gembira, c0z ni la peluang saya untuk pergi ke semenanjung dan cuci mata. Perasaan sedih untuk meninggalkan kampung halaman tidak la banyak mana pun, maklum ja la kan, orang nak belajar kat semenanjung ni. Pergi ke semenanjung merupakan satu kebanggaan bagi saya.
Semua urusan untuk pergi ke semenanjung diuruskan by my beloved ayah, maklum ja la, anak manja la katakan..ahahahaha. Harga tiket flight ja RM300++....fuh~ dahsyatkan?? Tapi tu la, ayah saya cakap, berkorban sedikit untuk mendapatkan sesuatu yang lebih lumayan(tapi bagi saya, RM300 tu bukan la satu nilai yang sedikit, boleh makan banyak kali kat kedai amamk).
Saya bertolak dari negeri Sabah pada 25 May 2011,tu la pertama kali saya menaiki pesawat ke semenanjung ni, saya ditemani ayah tersayang, best ooouhhh naik kapal terbang....hehehehe. Saya pun bermalam di rumah pakcik kat damansara untuk beberapa hari, coz daftar masuk pada 29hb...............

Nak tahu lebih lanjut tentang kisah saya di UPSI??? Wait 4 my next post....;)
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)

Siapa Dan Apa aku???

Assalamualaikum dan salam satu bloggers.Pertama sekali, saya ingin memperkenalkan diri saya. Nama saya Muhammmad Adlan Bin Laruna. Tujuan saya menulis blog ini adalah kerana ia adalah salah satu assignment untuk kursus MKA1013. Di dalam blog ini, saya akan menceritakan kehidupan saya sebagai salah seorang pelajar UPSI...:)
WAIT 4 MY NEXT POST EA???..:)